Norma baharu dalam aktiviti kecergasan bukanlah sesuatu yang mudah bagi pemilik gimnasium dan studio kecergasan malah kepada penggemar aktiviti senaman juga.
Bagi para jurulatih, ia menjadi satu cabaran untuk menjalankan kelas kecergasan secara digital berbanding dengan cara tradisional seperti "one-to-one session" yang selalu dipraktikkan. Lebih banyak kreativiti yang perlu diterapkan dalam kelas mereka untuk membantu pelanggan mencapai sasaran yang ditetapkan dari jarak jauh.
Sama juga seperti pelanggan dan penggemar aktiviti senaman, mereka perlu kekal konsisten dengan aktiviti senaman di rumah dan perlu menyesuaikan diri dengan cara baru dalam kelas senaman mereka.
Dalam episod Podcast Bosan ini, En Firdaus, Pengarah Urusan Absolute Wellness banyak berkongsi tentang virtual fitness secara am, perkhidmatan studio senaman beliau, kadar obesiti dan juga kesihatan mental dalam kalangan orang Malaysia lebih-lebih lagi dalam era pandemik ini.
Key Takeaways:
01:42 - Latar belakang Absolute Wellness - studio senaman secara berkumpulan
03:35 - Norma baharu dalam kelas kecergasan secara maya @ virtual fitness classes
06:05 - Cara Absolute Wellness kekal relevan dalam industri kecergasan sepanjang pandemik
11:11 - Mengaplikasikan pemasaran digital dalam bisnes kecergasan
15:31 - Kecergasan secara fizikal vs maya - apa kelebihan dan kelemahannya?
17:26 - Didik pelanggan tentang pengetahuan am dalam kecergasan
21:02 - Obesiti bukan pandemik tetapi epidemik
21:20 - Inspirasi ceburi bidang kecergasan
24:25 - Trend gaya hidup orang Malaysia - senaman dan pemakanan
27:00 - Senaman bantu dalam kesihatan mental
27:15 - Hormon-hormon stress -cortisol, adrenaline dan dopamine
29:47 - Take a baby step